Akhirnya..
Setelah berangan-angan dari dulu..
Kini tiba masanya..
Aku menginjak ke tahun akhir dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan..
Perasaan gembira dan teruja merajai hati..
Dengan memperoleh keputusan yang memberangsangkan untuk semester lepas walaupun ada subjek yang sememangnya payah..
Alhamdulillah atas segalanya..
Setelah hari keempat menjalani kuliah..
Sungguh aku berdoa agar dikurniakan kesabaran kerana semester ini jadual terlalu padat..
Pada awalnya memang rasa seperti nak nangis..
Sungguh..
Tapi aku harus teruskan jua..
Bagi memperoleh segulung ijazah untuk aku mengajar di sekolah nanti..
Rasa bersemangat terus membara apabila pensyarah memberikan kerja pada hari pertama kuliah..
Sesungguhnya azam aku ialah aku mahu menyiapkan semua tugasan awal..
Tidak lagi menangguh kerja seperti sebelum ini..
Bimbang kelak kerja akan bertambah lebih banyak..
Cukuplah setakat ini coretanku..