Wednesday, 3 February 2016

Salahku

Aku x tahu di mana salahku..
Nak ku tanya..
Bimbang dirimu x sudi..
Jangankan berjumpa, bercakap pun tidak..
Puas ku fikir di mana salahku..

Benarlah..
Ego itu membuat manusia merasa hebat..
Semoga kau menjaga dirimu..

Tiada lagi gelak tawa kita lagi..
Sunyinya hati..
Tapi ku buat tidak peduli.

Sungguh aku penat menjaga hati..
Kini biarku pergi..

#sahabat
#pergilahsayang

Wednesday, 6 January 2016

Minggu Pertama Tahun Akhir

Akhirnya..
Setelah berangan-angan dari dulu..
Kini tiba masanya..
Aku menginjak ke tahun akhir dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan..

Perasaan gembira dan teruja merajai hati..
Dengan memperoleh keputusan yang memberangsangkan untuk semester lepas walaupun ada subjek yang sememangnya payah..
Alhamdulillah atas segalanya..

Setelah hari keempat menjalani kuliah..
Sungguh aku berdoa agar dikurniakan kesabaran kerana semester ini jadual terlalu padat..

Pada awalnya memang rasa seperti nak nangis..
Sungguh..
Tapi aku harus teruskan jua..
Bagi memperoleh segulung ijazah untuk aku mengajar di sekolah nanti..

Rasa bersemangat terus membara apabila pensyarah memberikan kerja pada hari pertama kuliah..
Sesungguhnya azam aku ialah aku mahu menyiapkan semua tugasan awal..
Tidak lagi menangguh kerja seperti sebelum ini..
Bimbang kelak kerja akan bertambah lebih banyak..

Cukuplah setakat ini coretanku..

Jadual waktu semester 7

Monday, 30 November 2015

Move On..

Kadang kurasakan..
Berduka hanyalah sementara..
Akan hadir pengganti kelak..
Yg lebih baik daripadanya..

Move on..
Janganlah mengaharap..
Sesuatu yg tak pasti..
Kerana dia telah dimiliki..

#staycool
#becool

Friday, 20 November 2015

KESAKITAN..

Makin sakit hati ini..
Tatkala teringatkan dirimu..
Yang bakal dimiliki..
Insan lain..

Aku tahu..
Kita tidak pernah bersua..
Tapi hatiku yakin..
Bahawa kau akan menjadi milikku..

Apakan dayaku..
Tiada mampuku..
Menahan takdirNYA..
Kau akan menjadi miliknya..
Beberapa hari lagi..

Biarlah luka ini kurawat sendiri..
Biarlah waktu yg menentukan..

Doaku untukmu..
Agar kau terus istiqamah..
Di jalan juang kita..

Sayonara HR..

Tuesday, 17 November 2015

MENITI HARI MENDATANG

Makin terasa pedih di hati..
Dia bakal menikah..
Allahu..

Tiada dayaku..
Kerana semuanya..
Kehendak dariNYA..

Makin difikir..
Makin sakit..
Bimbang hati ini..
Akan terbuka parut lama..

#HR
#moveondirah

Saturday, 31 October 2015

SPEECHLESS...

Pabila bertemu..
Aku rasa gembira..
Tidak terkata..

Petunjuk dariNYA..
Akhirnya terungkai..

Perkhabaran gembira buat semua..
Tetapi..
Perkhabaran sedih bagiku..

Aku masih akan tetap berharap padamu..
Kerana telah aku pasakkan dlm hatiku..
Kaulah org terakhir..
Tidak mahu yg lain..

Andai jodohku tiada di dunia ini..
Aku redha..

Sekarang ini aku tidak akan..
Membangkitkan isu kahwin dan nikah..

Ku ingin kau tahu..
Aku akan setia menunggumu..
Andai kau tidak berjodoh dgnnya lagi..

Aku akan menunggumu..
Hingga kini speechless..

Sunday, 25 October 2015

TAKDIR

Kenal tapi x menegur..
Bersua tapi x bersapa..
Terjumpa tp x mampu bersuara..

Hanya mampu melihat dari jauh..
Kerana tali yg dahulunya bebas..
Telah disambung..

Bimbang akan ada hati yg terluka..
Antara aku,  kau dan dia..
Pasti dia yg kau pilih..

Andai berjodoh..
Aku terima...
Andai tiada..
Aku redha..

#syhadiahkankatawak2lagu
#lockedaway
#likeimgonnaloseu
#fihifzillah
#becool

Credit for someone special : MHR